8 Oktober 2026 NEXUS, Bangsar South Masuk percuma

Terokai Potensi.
Kenali Peluang.
Rancang Masa Depan.

Sertai Minggu MyBakat 2026 untuk mengenali potensi diri, meneroka kemahiran dan peluang baharu serta berinteraksi dengan mentor, majikan dan pakar industri bagi membantu anda merancang langkah kerjaya seterusnya.

Pelajar•Graduan•Pencari Kerja•Profesional•Wanita•Veteran ATM•Majikan

Warga kerja Malaysia daripada pelbagai bidang — TVET, tentera, korporat, pelajar dan profesional muda

Acara bermula dalam

—hari
—jam
—minit
—saat
Tentang

Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorpBakat Negara, Nadi Malaysia

Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp menghimpunkan individu, majikan, pakar industri serta pelbagai inisiatif pembangunan bakat dalam satu platform untuk meneroka peluang, mengenali keperluan industri dan mendapatkan maklumat tentang sokongan yang tersedia.

Langkah seterusnya bermula di sini.

Dianjurkan oleh

Apa yang menanti anda?

Pelbagai pengalaman. Semuanya di satu tempat.

Sertai pelbagai sesi perkongsian, aktiviti interaktif dan pertemuan bersama pakar industri untuk mendapatkan pendedahan serta maklumat yang relevan dengan keperluan anda.

1-to-1 Career Mentoring

Dapatkan pandangan dan bimbingan kerjaya secara langsung daripada mentor industri.

Kenal Diri, Rancang Kerjaya

Kenali potensi diri dan terokai pilihan kerjaya melalui MyNext Profiling.

AI & Future Skills

Terokai aplikasi AI dan kemahiran masa depan dalam dunia pekerjaan.

MyMahir: My Journey

Ikuti perkongsian pengalaman peserta MyMahir SkillsLab dalam membina kemahiran dan mengaplikasikannya di tempat kerja.

MyBakat Lab

Dapatkan penilaian, konsultasi dan bimbingan mengikut keperluan anda.

60+ Organisasi

Kenali majikan, agensi, institusi dan rakan pembangunan bakat yang mengambil bahagian.

Mengapa sertai Minggu MyBakat?

Pelbagai peluang untuk diterokai

Terokai pelbagai aktiviti dan pengalaman yang membantu anda mengenali potensi diri, memahami keperluan industri dan mendapatkan maklumat tentang peluang serta sokongan yang tersedia.

1
Kenali Potensi & Hala Tuju

Kenali kekuatan diri dan terokai pilihan kerjaya melalui sesi profil dan penilaian.

2
Berinteraksi dengan Pakar Industri

Dapatkan pandangan dan maklumat secara langsung daripada mentor, profesional industri serta majikan.

3
Terokai Kemahiran & Bidang Baharu

Kenali kemahiran yang diperlukan industri, termasuk AI, digital dan bidang masa depan.

4
Rancang Langkah Kerjaya Seterusnya

Terokai pilihan yang tersedia untuk memulakan kerjaya, membangunkan kemahiran, beralih bidang atau kembali bekerja.

5
Kenali Peluang & Organisasi

Dapatkan maklumat tentang pelbagai inisiatif, program dan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Untuk siapa

Minggu MyBakat oleh TalentCorp untuk anda

Kenali pelbagai inisiatif dan sokongan yang tersedia untuk anda, mengikut keperluan dan peringkat kerjaya masing-masing.

Bakat Muda & Graduan
Pencari kerja
Profesional & Tenaga Kerja
Anggota & Veteran ATM
Majikan & Pemain Industri
Wanita Yang Ingin Kembali Berkerjaya
Atur cara Minggu MyBakat

Rancang kunjungan anda

Terokai sesi perkongsian, bengkel dan pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang hari. Semak atur cara untuk memilih sesi yang bersesuaian dengan minat dan keperluan anda.

Buka halaman atur cara

Masa program dan penceramah adalah tertakluk kepada pengesahan akhir.

Antara sesi yang dirancang

Pameran MyBakat

Menerokai peluang, program, perkhidmatan dan jaringan bersama TalentCorp, kerajaan, rakan kemahiran dan industri.

Forum Panel KOL: “Unwritten Rules of Growing Up”

Perkongsian mengenai realiti membina kerjaya, mengurus hubungan dan menentukan hala tuju kehidupan oleh pempengaruh.

Sembang Kerjaya: Kuatkan Minda, Gapai Impian

Sesi bual bicara bersama tokoh industri dalam membimbing pelajar merancang hala tuju kerjaya sejak di bangku sekolah.

Mentor Orbit

Sesi bimbingan secara berputar yang menghubungkan graduan dengan golongan profesional industri.

Internship Journey

Pengalaman interaktif yang merangkumi persediaan latihan industri dan laluan kerjaya masa hadapan.

Kemahiran Tentera: Sekadar Pengalaman atau Bakat Profesional?

Sesi forum mengenai bagaimana pengalaman dan kemahiran ketenteraan dapat diterjemahkan serta dimanfaatkan dalam membina kerjaya profesional.

Pelancaran Rasmi & Townhall

Pelancaran rasmi Minggu MyBakat diikuti sesi townhall bersama Menteri Sumber Manusia.

Lokasi

Connexion Conference & Event Centre (NEXUS)

Bangsar South, Kuala Lumpur — berhubung terus dengan LRT Kerinchi melalui pautan pejalan kaki, dengan parkir bertingkat di dalam kompleks.

AlamatNEXUS, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur
Pengangkutan awamLRT Kerinchi, ±8 minit berjalan kaki
Waktu pendaftaranKaunter pendaftaran dibuka seawal jam 8.30 pagi
Buka dalam Google Maps
Penaja & pempamer

Rakan Strategik Minggu MyBakat 2026

Minggu MyBakat 2026 dijayakan bersama rakan penaja, industri, agensi kerajaan, institusi pendidikan serta organisasi pembangunan bakat yang berkongsi komitmen untuk memperkukuh bakat dan tenaga kerja Malaysia.

Penaja Utama

  • Google
  • Lexis Hotel Group
  • Oppstar Berhad

Rakan Penaja & Pempamer

  • CIMB
  • CelcomDigi
  • Christy Ng
  • Experian Malaysia
  • MASET (Malaysian Association of Science and Engineering Technology)
  • Maistorage Technology Sdn Bhd
  • Maybank
  • PSDC (Penang Skills Development Centre)
  • Pos Malaysia Berhad
  • SHRDC (Selangor Human Resource Development Centre)
  • Schott Glass Malaysia Sdn Bhd
  • Success Beacon Sdn Bhd
  • TalentLabs
  • Telecontinent Sdn Bhd
  • The Automotive College

Pempamer

  • AMMI (Association of Malaysian Medical Industries)
  • Educity Iskandar Malaysia Sdn Bhd
  • ENOKU
  • EXCHANGE 106
  • Gentari Sdn Bhd
  • Gimme4Fingers Malaysia Sdn Bhd
  • JPK
  • JTK
  • Kimberly-Clark Corporation
  • MAG (Malaysia Aviation Group)
  • MCC Shared Service Centre Sdn Bhd
  • MYDIN Holdings Bhd
  • PTPK
  • PwC Malaysia
  • SAGEMAKER ASIA PLT
  • SLB
  • Yayasan Gamuda_s Enabling Academy

Senarai dikemas kini secara berkala sehingga tarikh acara.

Untuk pempamer

Perkenalkan Inisiatif. Luaskan Jaringan.

Sertai Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp sebagai pempamer untuk memperkenalkan organisasi, inisiatif dan peluang anda kepada pelbagai kumpulan bakat Malaysia.

Berhubung dengan pelbagai kumpulan bakat
Luaskan jaringan strategik
Perkenalkan inisiatif dan peluang
Sokong pembangunan bakat Malaysia

Ruang reruai terhad. Daftar sekarang.

Daftar sebagai pempamer

Soalan Lazim

Ada bayaran untuk masuk?

Tiada. Penyertaan adalah percuma dan merangkumi akses ke pameran, MyBakat Lab serta semua sesi. Anda hanya perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu

Bila aturcara penuh akan diumumkan?

Butiran masa, lokasi dan penceramah bagi setiap sesi akan diumumkan menjelang tarikh acara. Peserta yang telah mendaftar akan menerima atur cara penuh melalui e-mel sebaik sahaja ia tersedia.

Perlukah saya hadir sepanjang hari?

Tidak. Acara berlangsung dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan anda boleh hadir pada bila-bila masa sepanjang waktu acara. Ruang pameran juga dibuka sepanjang hari.

Apa yang saya perlu bawa?

Sediakan kod QR pendaftaran anda untuk daftar masuk. Jika anda berminat menyertai sesi tertentu, sila semak keperluan penyertaan yang berkaitan.

Bagaimana organisasi saya boleh membuka reruai?

Penyertaan sebagai pempamer terbuka kepada majikan, agensi, institusi pendidikan dan penyedia latihan. Ruang adalah terhad. Hubungi pasukan Minggu MyBakat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan borang penyertaan.

Adakah tempat letak kereta disediakan?

Ya. Kemudahan tempat letak kereta bertingkat tersedia di kompleks Connexion dan tertakluk kepada kadar parkir yang ditetapkan oleh pengendali. Pengunjung juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam, dengan LRT Kerinchi terletak kira-kira 8 minit berjalan kaki dari lokasi acara.

Langkah Seterusnya
Bermula di Sini

Terokai pelbagai inisiatif, kenali peluang dan dapatkan pendedahan yang boleh membantu anda merancang langkah kerjaya seterusnya.

Pendaftaran

Daftar percuma untuk menyertai Minggu MyBakat 2026.

Tempat bagi sesi tertentu adalah terhad dan tertakluk kepada pendaftaran awal.

  • Akses ke pameran dan sesi yang terbuka kepada pengunjung
  • Maklumat terkini mengenai sesi dan atur cara
  • Kod QR pendaftaran untuk daftar masuk

Pendaftaran dibuka melalui portal rasmi TalentCorp.

Daftar di portal TalentCorp

Anda akan dibawa ke borang pendaftaran rasmi di halaman baharu. Maklumat yang diberikan akan digunakan bagi tujuan pengurusan penyertaan Minggu MyBakat 2026 sahaja, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.